Tuesday, 21 November 2017

MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA KALI KE-4

MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA KALI KE-4
S
EREMBAN, 8 APRIL 2017. – Sebanyak 1520 orang siswazah akan menerima ijazah dan diploma merangkumi dua peringkat pengajian iaitu ijazah dan diploma dalam Majlis Konvokesyen kali Ke- 4 Kolej Teknologi Alpha 2017. Majlis Konvokeyen Kolej Teknologi Alpha ini berlangsung di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.
            Mesti ada yang hairan mengapa sudah kali ke empat? Sebenarnya Kolej Teknologi Alpha (KTA) pernah menjalankan majlis konvokesyen sendiri bagi program Diploma Pengurusan Perniagaan  beberapa tahun dahulu dan majlis kovokesyen yang terakhir dianjurkan oleh Kolej Teknologi Alpha adalah pada 5 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2011. Kemudiannya barulah program-program ijazah kerjasama mengambil tempat di KTA.
            Namun begitu, setelah adanya program kerjasama unversiti seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) IUKL dan Twintech dengan Kolej Teknologi Alpha para siswazah akan menjalankan majlis konvokesyen di university induk masing-masing. Graduan dari Universiti Utara Malaysia akan menerima ijazah di universiti induk di UUM, Sintok, Kedah.
            Tetapi atas sebab-sebab dan hal yang tertentu, pihak Kolej telah menjalankan majlis konvokesyen bagi pelajar Bachelor of Busimess Administration (Hons) in Technology Management. (KTA-Twintech) buat konvokesyen kali ini. Selain itu, pihak kolej juga turut menjalankan majlis konvokesyen ini bagi para graduan Diploma Animasi Kolej Teknologi Alpha buat pertama kalinya.
            Dr Hamzaid bin Yahya, yang juga CEO Kolej Teknologi Alpha telah merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Alpha kali keempat. Menurut beliau, majlis konvokesyen ini sangat unik kerana pertama kali menggabungkan majlis konvokesyen bagi graduan diploma animasi dan ijazah Business Administration (Hons). “ Saya berasa sangat gembira kerana majlis konvokesyen ini mampu dilaksanakan dan diuruskan dengan baik pada hari ini”. Kata Dr Hamzaid lagi.


            Kebanyakan tetamu yang hadir adalah terdiri daripada ahli keluarga para graduasi itu sendiri. Selain itu, Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Alpha Kali Keempat ini juga turut dihadiri oleh dekan-dekan di setiap fakulti seperti Dr Wan Maharudin Bin Wan Sulaiman selaku dekan fakulti komunikasi dan dekan fakulti pengurusan perniagaan seperti Dr Tan Ten Lee. Majlis ini juga turut dihadiri oleh pensyarah- pensyarah di Kolej Teknologi Alpha.

            Majlis Konvokesyen ini berlangsung di dewan Klana Resort, Seremban. Kebanyakan majlis konvokesyen biasanya akan dilangsungkan di university masing- masing. Namun bagi Kolej Teknologi Alpha, tiada tempat yang sesuai untuk menjalankan malis yang besar seperti majlis konvokesyen di Kolej Teknologi Alpha. “ Saya memilih dewan Klana Resort sebagai tempat utama untuk melaksanakan majlis kovokesyen ini adalah untuk memudahkan para tetamu terutama sekali ibu bapa atau penjaga para graduasi yang terlibat untuk mendapatkan tempat penginapan yang mudah, murah dan berpatutan”. Menurut Encik Syakir, Penolong Kanan HEP KTA.
            Selain itu, sepanjang majlis konvokesyen ini berlangsung, pihak pengurusan kolej juga menganjurkan Pesta Konvokesyen bersempena dengan majlis konvokesyen yang berlangsung. Pesta kovo ini adalah jualan gerai- gerai kecil seperti menjual baju, makanan dan macam-macam lagi. Ada juga yang menjual kuntuman bunga untuk diberi kepada bakal graduasi sebagai cenderahati. Pesta konvo ini berlangsung di perkarangan Klana Resort.
            Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Alpha Kali Keempat ini turut menobatkan dua Pelajar cemerlang bagi program ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan di bawah Twintech. Mohamad Husni Adli dan Nur Mardiah Binti Selamat merupakan dua orang pelajar cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam ko kurikulum. “ Penganugerah ini adalah perkara yang tidak dapat saya lupakan sepanjang hidup saya. Selain itu saya juga turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para pensyarah, ibu bapa saya serta rakan- rakan sekalian yang sentiasa menyokong saya sehingga saya Berjaya”. Menurut Nur Mardiah.
            Setelah tamat Majlis konvokesyen Kolej Teknologi Alpha kali keempat yang julung kalinya dianjurkan ini telah diadakan sesi fotografi bersama para pensyarah, dekan fakulti dan juga pengurus besar Kolej Teknologi Alpha.





             

No comments:

Post a Comment